SELAMAT DATANG KE BLOG BONDA ZALINA

Blog dimana resepi-resepi masakan serta kuih-muih tradisional dan terkini dikongsi bersama. Beranika jenis resepi kek, pastri dan muffin dikongsi bersama.

Friday, 2 November 2012

Salam Pengenalan ke Selera Bonda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat bertemu dalam selera bonda. Diblog ini saya himpunkan pelbagai resepi-resepi masakan turun temurun dari keluarga. Hari hari saya nak berkongsi resepi kupang goreng berlada istimewa Kg Rekoh.

Resepi Kupang Goreng Berlada

3kg kupang siap dibersihkan ( Jgn buang kulitnya)
3 batang serai ( dititik)
3 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar*
15 batang lada kering*
1 sudu serbuk kunyit
3 sudu air asam jawa
4 sudu gula 
secubit ajinomoto 
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan serai yang dititik.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan juga lada kering yang diblenda serta serbuk   kunyit, kemudian masukkan kedalam kuali dan tumis sehingga garing.
3. Setelah agak garing masukkan air asam, ajinomoto dan gula.
4. Kemudian masukkan kupang dan masak sehingga air kering dan sambal jadi likat (bersalut pada kupang)

Hasilnya : Yummy..yummy..

No comments:

Post a Comment