SELAMAT DATANG KE BLOG BONDA ZALINA

Blog dimana resepi-resepi masakan serta kuih-muih tradisional dan terkini dikongsi bersama. Beranika jenis resepi kek, pastri dan muffin dikongsi bersama.

Tuesday, 13 November 2012

Butter Bread Puding ( Sumber: DayangJack)


Sedap betul puding roti ni.. Ina copy ya dayang.. Tima kasih kerana berkongsi resepi. Rasanya esok cuti boleh la mencuba resepi puding roti ni.

Butter Bread Pudding
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
  9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk. 

Crepe Durian Top!! ( sumber : Am Flora)


Bila rasa Crepe Durian yang kak long buat ni, memang sedap sesangat.. terus cari kat blog kak long, ada pon resepinya. Boleh la ina mencuba ya kak long.. Terima kasih sebab berkongsi resepinya.


CREPE DURIAN
am@serojakitchen

Bahab-bahannya
250g Tepung Gandum
1sk garam
1sk vanilla
1/2 sb butter (dicairkan)
3 biji telur (size : 'B')
500ml santan/susu cair
sedikit pewarna kuning/warna kuning lemon


Fillingnya
Isi durian secukupnya (di kacau hingga rata)
300ml Fresh Cream (di mixer hingga kental)

Caranya
Satukan semua bahan (diblender jer..), masukkan sedikit butter tadi,  kacau rata.. kemudian panaskan kuali non stick dan tuangkan satu senduk adunan lalu di senget-sengetkan kuali hingga adunan rata keseluruhannya. Adunan kelhatan sedikit garing di tepinya terus di angkat dan di sejukan, (masak adunan satu bahagian aje.) 
*Kalau adunan agak pekat boleh tambahkan sedikit air.

Di atas crepe letakkan 1/2 sudu besar fresh cream kemudian sedikit isi durian kemudian tutup lagi dengan fresh cream dan di lipat,  jadikan seperti bentuk bantal. Siap..!

Monday, 12 November 2012

Muffin Pisang

Muffin Pisang di hari Sabtu yang lalu..



Habis dah... Nasib sempat snap...

AGAR-AGAR PELANGI INDAH

Erm.. terasa nak makan agar2.. Cari-cari kat dapur tu dapatlah dua paket...Maka terhasil lah agar2 pelangi indah... Jom kita jenguk gmana rupa agar2 tu.. ahakz..

AGAR-AGAR PELANGI INDAH

2 pkt agar2 (10gm)
1 tin susu cair
350 gm gula pasir
1250ml air
perasa strawberi
perasa limau
pewarna merah jambu
pewarna hijau
pewarna biru

Cara-caranya:

Untuk bahagian pelanginya:

  • masak 1 pkt agar2 bersama 750ml air
  • masukkan 250 gm gula pasir
  • setelah masak bahagikan kepada beberapa bahagian (ikut suka) kemudian setiap satu bahagian letakkan perasa buah-buahan yang disukai.
  • lapiskan berselang seli sehingga habis
  • sejukkan didalam peti ais

Untuk bahagian susunya:

  • masak 1 pkt agar2 bersama 750ml air
  • masukkan 100gm gula pasir
  • masukkan susu cair dan masak agak pekat
  • potong agar2 pelangi tadi dan aturkan dalam loyang kemudian curahkan perlahan-lahan agar2 susu
  • Biarkan sejuk dan bolehlah makan  
Hasilnya:



Monday, 5 November 2012

Siakap Steam Limau

Menu tengahari..

Siakap steam Limau

1 ekor ikan siakap
1 ulas halia dicincang
1 labu bawang besar dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
3 batang cili padi
2 batang cili merah
2 batang serai dicincang
2 biji limau kasturi
1 biji lemon
1 biji tomato
3 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
secubit garam dan secubit perasa.

Cara-caranya:


  • Bersihkan ikan dan letakkan didalam bekas steam
  • Masukkan semua bahan yang dicincang keatas ikan tersebut
  • Perahkan jus limau kasturi serta susunkan lemon, cili padi, cili merah dan juga tomato yang dipotong nipis
  • renjiskan sos ikan , masukkan sedikit garam, gula dan perasa
  • Kukus selama 20 minit dan boleh dihidangkan bersama nasi.






MUFFIN COKLAT

Muffin ni ibu amy buat sendiri tau... Ermmm sedap.. itulah kata-kata dari si comel anak saya yang berumur 5 tahun, bukan main suka lagi dia tolong buat muffin hari tu... bila dah siap terus bagi kat kawan2 dia..

Resepi : Muffin Coklat

Bahan-bahan:
350gm tepung gandum
150gm serbuk koko gelap /coklat
200gm gula custor
1 sudu serbuk bikarbonat
1 sudu serbuk penaik
112 gm air
175gm telur ( 3 biji )
140gm butter cair

Caranya:
1. Ayak tepung, serbuk koko, bikarbonate & serbuk penaik.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali butter ke dalam mixer dan pukul pada kelajuan rendah selama 5 minit
3. Masukkan butter kemudian pukul pada kelajuan sederhana selama 1 minit.
4. Bakar pada suhu 175 selama 15-20 minit.

Hiasan:

1. Cairkan coklat masakan dan taburkan dengan coklat chip.





Friday, 2 November 2012

Daging merah istimewa bonda & puding belang perisa strawber dan coklat

Hai, jumpa lagi.. selamat pagi. Hari ni saya nak share gambar untuk menu yang dimasak semalam untuk suami dan anak. Resepi daging masak merah istimewa bonda dan juga puding belang perisa strawberi dan coklat. Ni gambar dulu ya.. nanti resepinya saya updatekan. Anak bonda suka sangat puding ni..